Kumpulan Mediwira sasar 100 cawangan menjelang 2030

PETALING JAYA: Kumpulan Mediwira, kumpulan penjagaan kesihatan yang paling pesat berkembang di Malaysia, menyasarkan pembukaan sehingga 100 cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2030.

Langkah itu selaras dengan pelancaran jenama baharunya (dahulunya dikenali sebagai i-Sihat Group) bagi memenuhi permintaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat di negara ini.

Rakan kongsi Mediwira, Dr. Nandagobala berkata, pihaknya kini mengendalikan 21 cawangan merangkumi klinik perubatan, klinik pergigian dan pusat rawatan medispa di Lembah Klang, Johor serta Sabah.

Katanya, kumpulan menyasarkan untuk menambah jumlah tersebut kepada sekurang-kurangnya 25 cawangan menjelang akhir tahun ini, iaitu peningkatan hampir 50 peratus berbanding tahun 2025.

“Pemilihan nama Mediwira adalah untuk melambangkan peranan kami sebagai ‘wira’ penjagaan kesihatan yang komited terhadap perkhidmatan berkualiti. Dalam tempoh 14 tahun beroperasi, kami telah merawat lebih setengah juta pesakit yang mempercayai kepakaran kami,” katanya dalam kenyataan.

Majlis pelancaran jenama rasmi itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di Johor Bahru, baru-baru ini. 

Sementara itu, Hassan berkata, peranan klinik swasta kini menjadi semakin penting dalam merapatkan jurang antara sistem kesihatan awam dan pakar perubatan, khususnya dalam landskap kesihatan negara masa kini.

“Ini adalah satu usaha yang baik kerana kesihatan tidak mengenal kaum atau agama. Saya percaya Mediwira akan memainkan peranan besar dalam menyediakan rawatan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sempena majlis tersebut, Mediwira turut memulakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), ‘Food Aid’ dengan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada 15 keluarga di Johor.

Kumpulan Mediwira yang ditubuhkan sejak 2012 kini menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pediatrik, kesihatan wanita, pengurusan penyakit kronik, ortodontik, serta rawatan estetik gred perubatan di bawah pengawasan doktor pada harga berpatutan. – UTUSAN

Source – https://www.utusan.com.my/nasional/2026/05/kumpulan-mediwira-sasar-100-cawangan-menjelang-2030/

Share This

Other News & Articles

MediWira再扩版图 巴西古当迎第22间诊所

诊所坐落在巴西古当的武吉达丽雅花园(Taman Bukit Dahlia),该诊所的开张仪式嘉宾包括Mediwira医葯集团总营运长莫继谦医生联同合作伙伴拉娜医生、拉文医生和南丹医生,并邀请了公正党巴西古当区国会议员哈山卡林,为诊所主持开张仪式。

Read More

Mediwira sasar pembukaan 100 cawangan klinik menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Kumpulan penjagaan kesihatan tempatan, Mediwira (dahulunya dikenali sebagai i-Sihat Group), menyasarkan untuk mengembangkan rangkaian kliniknya kepada 100 cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2030 selaras dengan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan swasta di Malaysia.

Read More